Dasar Privasi (Untuk Pengguna)

Kewujudan dasar privasi ini merupakan sebahagian daripada Street Corner Ecommerce Sdn Bhd (“Silvrrplus“, “Kami” atau “Kita“) dengan tujuan untuk melindungi privasi dan data peribadi pengguna. Bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda dan melindungi kepentingan anda, Kami hanya akan mengumpul maklumat anda yang diperlukan. Kami tidak akan memproses, menganalisis, menyimpan, atau berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga tanpa persetujuan anda, kecuali perkara tersebut telah dikawal dibawah peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di bawah bidang kuasa Undang-Undang Malaysia (“Undang-Undang Yang Berkenaan“)

Kami memastikan dasar privasi ini akan dipatuhi oleh Kami, pekerja Kami, ahli gabungan Kami, dan perkhidmatan luar yang bekerja atau memberi perkhidmatan kepada Kami. Bagi tujuan dasar privasi ini, Kami telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan.

Dengan menggunakan perkhidmatan dan/atau produk kami, anda harus membaca dan bersetuju dengan “Terma dan Syarat Penggunaan Aplikasi Silvrrplus” yang merupakan sebahagian daripada dasar privasi ini.

Kami tidak menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa di bawah usia 18 tahun. Sekiranya seorang ibu atau bapa atau penjaga menyedari bahawa jagaannya telah memberikan kepada Kami sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti tanpa persetujuan mereka, ibu atau bapa atau penjaga tersebut perlu menghubungi Kami. Sekiranya Kami mengenalpasti bahawa seseorang di bawah usia 18 tahun telah memberikan kami maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, kami akan melupuskan dan menghapuskan maklumat dan akaun tersebut.

Dasar privasi boleh berubah atau dikemaskini dari semasa ke semasa dan anda dinasihatkan untuk sentiasa membaca dan meneliti dasar privasi dari semasa ke semasa. Kami akan memberi notis kepada anda terlebih dahulu mengenai sebarang perubahan dalam dasar privasi ini melalui e-mel berdaftar anda di aplikasi Silvrrplus atau melalui cara lain yang munasabah, termasuk makluman mengenai perubahan ini di aplikasi Silvrrplus. Namun, sebarang perubahan boleh berkuatkuasa dengan serta-merta tanpa makluman terlebih dahulu sekiranya makluman terdahulu dianggap tidak mustahil, bagi pengguna atau diwajibkan oleh undang-undang. Dengan terus mengakses dan menggunakan perkhidmatan yang tersedia di aplikasi Silvrrplus, anda dianggap telah bersetuju terhadap perubahan dalam dasar privasi dari semasa ke semasa. 

 

1.Bagaimana Kami Mengumpulkan Data Anda

1.1Data peribadi yang anda berikan secara sukarela adalah seperti berikut:-

Kami akan mengumpul, menyimpan, dan memproses maklumat yang diberikan secara sukarela semasa pendaftaran dan penggunaan aplikasi kami berkaitan perkara-perkara berikut:

a.mengisi maklumat pendaftaran termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, nombor telefon mudah alih, alamat e-mel, tarikh lahir, pekerjaan, rekod kewangan, senarai aplikasi yang dipasang, butiran kewangan dan sejarah, dan mana-mana data peribadi yang terkandung dalam surat menyurat antara anda dan Kami melalui e-mel, telefon atau surat fizikal, serta maklumat lain yang Kami perlukan dari semasa ke semasa;

b.data biometrik (melalui fail suara, ciri muka, atau bahagian badan yang lain) yang disediakan apabila anda memuat naik data biometrik ke Silvrrplus, apabila anda bersetuju dengan penggunaan data biometrik oleh Silvrrplus, Silvrrplus (atau pembekal perkhidmatan, seperti vendor teknologi, yang berkerja bagi pihak Kami) mengumpul maklumat imbasan muka – maklumat geometri muka dan maklumat yang berkaitan – yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dinyatakan dalam polisi ini;

c.data yang anda berikan semasa membuat transaksi dan/atau menggunakan perkhidmatan program kredit Silvrrplus yang didapati di aplikasi Silvrrplus;

d.data yang anda berikan melalui platform, aplikasi, atau pihak ketiga yang lain, berdasarkan persetujuan anda di platform atau aplikasi yang berkaitan setakat yang dibenarkan oleh peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan;

e.maklumat yang terkandung dalam surat menyurat antara anda dan Kami melalui e-mel atau surat fizikal;

f.maklumat (termasuk foto atau gambar) yang anda berikan semasa mengemukakan kritikan atau cadangan atau aduan kepada Silvrrplus dan/atau vendor kami bagi sebarang pelanggaran terhadap peraturan kami;

g.maklumat yang terkandung dalam keputusan anda dengan persetujuan sekiranya anda memutuskan untuk mendaftar dengan perkhidmatan atau produk Kami;

h.ulasan atau pendapat atau maklum balas yang anda berikan terhadap perkhidmatan dan produk Kami;

i.foto atau gambar bukti untuk pemulangan produk dan pembayaran semula yang dimuat naik oleh anda (sekiranya ada); dan

j.semua data dan atau maklumat yang anda berikan kepada kami secara sukarela dari semasa ke semasa.

Sekiranya pengguna tidak bersetuju dan memilih untuk tidak berkongsi maklumat peribadi di atas, pengguna boleh menolak atau memilih untuk tidak memberi persetujuan untuk berkongsi maklumat peribadi tersebut. Pengguna boleh menghubungi pusat panggilan Silvrrplus pada bila-bila masa seperti yang diterangkan dalam perkara 8 di bawah sekiranya pengguna ingin mengubah persetujuan untuk menggunakan data peribadi pengguna.

 

1.1A Data Peribadi yang Sensitif

Sebahagian data peribadi yang dikumpul oleh pihak Kami adalah bersifiat sensitif. Ini termasuk tidak terhad kepada sebarang data peribadi yang berkaitan dengan bangsa, maklumat kad pengenalan, kepercayaan atau agama, latar belakang (termasuk rekod kewangan dan jenayah, yang dibenarkan oleh undang-undang), data kesihatan, kecacatan, status perkahwinan dan data biometrik, sekiranya berkaitan, termasuk semua data lain yang dinyatakan dalam dasar privasi ini. Kami mengumpul data sensitif hanya dengan persetujuan anda dan/atau dengan pematuhan yang ketat terhadap Undang-Undang Yang Berkenaan. Sekiranya anda dikehendaki menyediakan dokumen atau maklumat kepada Kami untuk tujuan apa pun yang mungkin mengandungi data peribadi sensitif tersebut (yang tidak diperlukan untuk tujuan aplikasi Silvrrplus), anda bersetuju untuk menyunting data peribadi sensitif tersebut sebelum menyediakan dokumen atau maklumat tersebut kepada kami.

 

1.1B Data Peribadi Individu Lain

Dalam keadaan di mana anda dikehendaki untuk menyediakan data peribadi individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga, atau rakan) kepada kami untuk tujuan talian semasa kecemasan atau tujuan lain di bawah aplikasi Silvrrplus, anda dengan ini mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk data peribadi mereka dikumpul, digunakan, dan didedahkan seperti yang dinyatakan dalam dasar privasi ini.

 

1.2 Data Peribadi Yang Kami Kumpul Secara Automatik

Selain data yang dihantar kepada kami secara sukarela, kami juga akan mengumpul data anda melalui penggunaan kuki (cookies) atau teknologi pengesan yang serupa di peranti yang anda gunakan (“Maklumat“), setakat yang dibenarkan oleh peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan, Google Play Store dan polisi Aplikasi. Penyimpan (“Dasar Pemaju“). Bagi mengelakkan keraguan, Kami akan memaparkan pengisytiharan dan mendapatkan kelulusan anda sebelum mengumpul Maklumat, sekiranya pengisytiharan dan kelulusan tersebut diperlukan oleh Dasar Pemaju.

Maklumat akan mengandungi maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Maklumat yang disimpan di peranti anda akan dihantar secara automatik ke laman web, aplikasi, atau pusat data kami. Oleh itu, sekiranya anda ingin menyahaktifkan maklumat anda atau melupuskan maklumat yang Kami kumpul secara automatik, anda boleh melakukan ini dengan membersihkan kuki di peranti anda di mana anda mempunyai kawalan penuh dan hak keatas kuki atau anda boleh memadam aplikasi Silvrrplus.

 

1.3 Data Peribadi Yang Kami Kumpul Berdasarkan Persetujuan Anda Melalui Aplikasi Pihak Ketiga (seperti Facebook atau Google)

Untuk menambah baik pengalaman anda dalam menggunakan Aplikasi Silvrrplus, anda boleh mendaftar melalui akaun media sosial atau aplikasi pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook dan Google (“Akaun Media Sosial“), atau anda boleh menyambungkan Akaun Media Sosial anda dalam aplikasi Silvrrplus. Berdasarkan persetujuan anda dan juga polisi privasi pengurus Akaun Media Sosial, melalui Akaun Media Sosial anda, kami dapat mengumpul data berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Berdasarkan dasar privasi ini, kami akan menggunakan, memproses, dan melindungi semua data dan maklumat yang kami kumpul melalui akaun media sosial anda. Sekiranya anda tidak bersetuju terhadap data dan/atau maklumat yang telah dikumpulkan melalui Akaun Media Sosial anda, atau anda bercadang untuk meminta kami melupuskan data tersebut, anda boleh menghubungi kami seperti yang dijelaskan di bawah perkara 8. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ciri-ciri tertentu yang berkaitan dengan pemadaman data tersebut mungkin tidak lagi dapat digunakan oleh anda.

Dengan memuat turun atau menggunakan aplikasi Silvrrplus, anda dengan ini memberikan persetujuan kepada Silvrrplus untuk mengakses maklumat seperti yang dinyatakan di atas, tanpa memerlukan persetujuan yang berasingan daripada anda.

Selain daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas, kami juga boleh mengumpul maklumat lain tentang anda, peranti anda, atau penggunaan laman web atau aplikasi kami dengan persetujuan anda (sekiranya diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan).

 

2.Bagaimana Kami Menggunakan Data Anda

Sebagai syarikat aplikasi platform perdagangan yang memudahkan aktiviti perdagangan atas talian yang mematuhi Undang-Undang Yang Berkenaan, Silvrrplus mempunyai kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan meningkatkan kecekapan aplikasinya. Oleh itu, Kami akan menggunakan dan memproses data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Sekiranya anda memutuskan untuk mendapatkan produk kewangan daripada ahli gabungan atau rakan kongsi Kami melalui aplikasi Kami, maka Kami akan menggunakan data ini untuk memulakan dan mengekalkan perhubungan dengan anda melalui mel elektronik (e-mel), SMS (khidmat pesanan ringkas), mel berdaftar, panggilan telefon, dan saluran lain yang dibenarkan oleh Undang-Undang Yang Berkenaan.

Selain dari perkara-perkara yang disebutkan di atas, Kami juga boleh menggunakan data peribadi anda untuk melindungi dan mencegah penipuan, tuntutan, dan tanggungjawab lain bagi tujuan pematuhan Undang-Undang Yang Berkenaan sekiranya perlu. Dalam situasi ini, kami berhak untuk membekukan, menyahaktifkan, atau mengambil tindakan yang sesuai terhadap akaun anda selaras dengan Undang-Undang Yang Berkenaan.

Apabila pengguna tidak lagi menggunakan aplikasi Silvrrplus atau tidak lagi berdaftar sebagai pengguna Silvrrplus, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memusnahkan atau menghapuskan secara kekal semua data peribadi dalam masa dua puluh empat (24) bulan, tertakluk kepada sebarang keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Semasa tempoh penyimpanan, kami tidak akan berkongsi data peribadi anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada data biometrik) dengan pihak ketiga yang melanggar Undang-Undang Yang Berkenaan.

 

3.Perkongsian Data kepada Lain-lain Pihak

Sebagai perlindungan privasi, Kami tidak akan menjual, menyewakan atau mendedahkan data peribadi anda tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan anda dan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan/atau produk disamping memenuhi keperluan operasi Kami. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda bagi pihak ketiga yang berikut:

a.Syarikat-Syarikat berkaitan Kami. Kami boleh berkongsi data anda bersama syarikat induk, anak-anak syarikat, usahasama dan entiti-entiti lain di bawah kawalan langsung dan atau tidak langsung kami (“Syarikat-Syarikat Berkaitan“), selagi dibenarkan oleh peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan dari semasa ke semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada pusat data milik Kami, iaitu https://r.akulaku.net. Dalam perkara ini, kami akan berusaha sebaiknya untuk memastikan entiti-entiti ini mematuhi Dasar Privasi ini;

b.Syarikat rakan kongsi Kami. Kami boleh berkongsi data anda bersama syarikat-syarikat pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami (“Rakan Kongsi“) berdasarkan produk kewangan yang diminta melalui platform kami, selagi dibenarkan dibawah peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan dari semasa ke semasa. Dalam perkara ini, kami akan berusaha sebaiknya untuk memastikan Rakan Kongsi tersebut mematuhi Dasar Privasi ini;

c.Pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Kami untuk bertindak bagi pihak Kami dalam menyediakan perkhidmatan dan memastikan bahawa fungsi dan perkhidmatan Kami berjalan dengan baik dan efisyen. Untuk mengelakkan keraguan, kami tidak akan membenarkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga menggunakan data peribadi anda untuk tujuan lain;

d.Pembekal pengurusan sistem teknologi maklumat yang kami gunakan yang bertindak bagi pihak kami, untuk mengurus sistem teknologi maklumat yang mungkin mengandungi data peribadi;

e.Pembekal sistem pembayaran yang dilantik oleh Kami akan mengendalikan sistem mengikut peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan;

f.Kepada penasihat dan syarikat insurans Kami, sekiranya ada sebarang tuntutan;

g.Agensi kerajaan, agensi pasaran saham atau wakil-wakil, atau bagi tujuan menjawab permintaan dari pihak berkuasa di bawah Undang-Undang Yang Berkenaan;

h.Bagi tujuan penggabungan, penjualan, penstrukturan atau pemindahan aset, Kami dibenarkan memindah data anda kepada Syarikat-Syarikat Berkaitan Kami, penerima hak-hak pengganti kami, atau pemilik baru. Bagi mengelakkan keraguan, langkah-langkah ini hanya akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan. Berkaitan dengan perkara ini, Kami akan berusaha sepenuhnya untuk memastikan pihak-pihak yang disebutkan bagi tujuan mematuhi dasar privasi ini; dan

i.Pihak ketiga lain bagi tujuan mencapai tujuan penggunaan data dan maklumat seperti yang dinyatakan dalam perkara 2 di atas.

Selaras dengan kebenaran dan peruntukan Undang-Undang Yang Berkenaan, kami dibenarkan untuk memindahkan data dan/atau maklumat anda ke luar bidang kuasa berdaftar untuk mencapai tujuan operasi sebagaimana yang diperuntukan di dalam dasar privasi ini.

 

4.Keselamatan dataperibadi anda

Dalam menjaga keselamatan data anda, kami menggunakan sistem elektronik yang dilengkapi dengan tahap keselamatan yang mencukupi, seperti yang diperuntukan oleh Undang-Undang Yang Berkenaan, dan kami akan mengemaskini tahap keselamatannya dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa walaupun kami sentiasa mengambil langkah-langkah terbaik untuk melindungi data peribadi anda, tiada laman web, transmisi internet, sistem komputer, atau sambungan tanpa wayar yang selamat sepenuhnya.

Sekiranya berlaku akses yang tidak sah dan aktiviti yang mengancam data peribadi anda yang berada di luar kawalan Silvrrplus, Silvrrplus akan memaklumkan anda dengan kadar segara untuk mengurangkan risiko yang timbul disebabkan perkara tersebut.

Anda bertanggungjawab untuk menjaga butiran data peribadi anda termasuk nama pengguna, kata laluan, alamat e-mel, atau sebarang cara pengesahan lain di Silvrrplus dari pihak lain dan sentiasa menjaga dan bertanggungjawab terhadap keselamatan peranti yang digunakan.

 

4A. Pengakuan dan Kelulusan

Dasar privasi ini boleh berubah dan/atau dikemas kini dari semasa ke semasa. Kami mengesyorkan untuk sentiasa membaca dengan teliti dan menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk sebarang atau semua pengumpulan, penggunaan, pendedahan, atau data peribadi anda pada bila-bila masa yang munasabah dengan memberikan notis bertulis kepada orang hubungan yang disenaraikan di bawah.

Anda dengan ini telah memahami dan mengakui bahawa sekiranya Silvrrplus bersetuju dengan penarikan balik persetujuan anda, penarikan balik tersebut boleh menyebabkan penamatan akaun anda atau hubungan kontrak anda bersama Silvrrplus di mana semua hak dan kewajipan setiap pihak masih dilindungi sepenuhnya.

 

4B. Penipuan

Kecurian identiti dan perbuatan yang dikenali sebagai ‘phishing‘ adalah perkara yang menjadi kebimbangan yang besar oleh Silvrrplus. Menjaga maklumat untuk membantu melindungi anda daripada kecurian identiti adalah keutamaan Kami. Kami tidak akan, pada bila-bila masa, meminta maklumat kredit anda, kata laluan log masuk, atau nombor pengenalan anda melalui e-mel atau komunikasi telefon yang tidak selamat atau tidak diminta.

 

4C. Penafian

Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua bentuk disebabkan:

a.keselamatan dan kerahsiaan data peribadi anda yang disimpan oleh anda sendiri atau dihantar kepada pihak ketiga atau pihak lain;

b.keselamatan dan kerahsiaan data peribadi yang didedahkan kepada orang awam atau pihak ketiga, sama ada dedahan itu dilakukan oleh anda atau pihak lain selain Kami, dan dedahan itu berlaku bukan disebabkan kelalaian atau kesilapan Kami dalam melindungi data peribadi anda;

c.semua akibat yang timbul daripada kecuaian anda dalam menjaga keselamatan dan kerahsiaan data peribadi anda; dan

d.semua akibat yang timbul daripada sebarang penggunaan media yang anda gunakan untuk menyimpan, muat naik, menghantar, memindahkan dan/atau berkongsi data peribadi anda, seperti rangkaian internet dan perkhidmatan penyimpanan awan (cloud storage) dan lain-lain.

 

5.Laman-laman Web Yang Disediakan oleh Pihak Ketiga

Dalam menggunakan platform kami, anda mungkin akan menemui pautan yang akan membawa anda ke laman-laman web lain yang dimiliki oleh pihak ketiga, sama ada laman-laman web rakan kongsi, rakan niaga, atau laman-laman web lain, di mana dasar privasi ini tidak terpakai untuk laman web yang terhasil daripada pautan tersebut. Sila baca dengan teliti dasar privasi yang disediakan oleh pihak ketiga kerana pihak Kami tidak mempunyai tanggungjawab terhadap dasar privasi mereka.

 

6.Hak Anda Sebagai Pemilik Data

Bagi semua data yang telah dikemukakan kepada Kami secara sukarela, dan yang telah dikumpul oleh Kami secara automatik yang diperincikan dalam perkara 1 diatas, and mempunyai hak yang berikut:

a.Hak untuk memperoleh maklumat. Anda berhak untuk memperoleh maklumat dengan meminta pihak kami sebarang data anda yang disimpan dari semasa ke semasa. Maklumat ini termasuk, antara lain, data anda yang kami simpan, senarai nama pihak ketiga yang menerima data anda dari kami, senarai nama pihak ketiga yang menyediakan data anda kepada kami, sekiranya kami mendapatkan data anda dari pihak ketiga yang lain.

b.Hak untuk membetulkan. Anda berhak untuk mengemas kini atau mengubah data yang disimpan bersama kami.

c.Hak untuk penghapusan. Anda berhak untuk menghapuskan sebahagian atau keseluruhan data anda yang disimpan bersama Kami dari semasa ke semasa, berdasarkan alasan-alasan berikut:-

a) anda menarik balik persetujuan anda untuk menjadi pengguna di platform kami;

b) data anda telah digunakan secara tidak sah; dan

c) perkara lain yang anda dianggap telah melanggar hak-hak anda.

 

6A. Hak Untuk Membuat Aduan Kepada Pihak Berkuasa.

Anda berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan, dalam kes ini, aduan boleh dihantar melalui e-mel kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (aduan@pdp.gov.my).

Berkaitan dengan permintaan anda untuk memperoleh maklumat, membetulkan, dan melupuskan data, Kami akan mengesahkan keaslian identiti anda sebelum memproses permintaan tersebut. Selain itu, kami berhak untuk menghentikan perkhidmatan Kami kepada anda sama ada sebahagian atau keseluruhannya selepas data anda dihapuskan dari platform Kami.

Anda boleh melaksanakan hak-hak anda untuk memperoleh maklumat, membetulkan, dan melupuskan data dengan menghubungi kami seperti yang diterangkan dalam cara yang dinyatakan dalam perkara 8 di bawah.

 

7.Persetujuan Yang Diberikan

Dengan mendaftar sebagai pengguna di platform kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami dasar privasi ini dan syarat-syarat penggunaan aplikasi Silvrrplus, dan dengan itu bersetuju dengan semua peruntukan dalam dasar privasi ini.

 

8.Hubungi Kami

Selaras dengan dasar privasi di atas, kami komited untuk memenuhi sebarang permintaan atau kebimbangan yang anda hadapi berkenaan dengan data peribadi anda. Sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan, melupuskan, meminta akses, atau mengubah maklumat yang anda berikan kepada kami, sila hubungi kami di:

 

Street Corner Ecommerce Sdn Bhd

E-mel: cs.my@silvrrplus.com

Pusat Panggilan: 03-9213 1022